Kerajaan perlu memberikan perhatian kepada penyusunan semula ekonomi yang dimulakan dengan Rancangan Malaysia Ke-12, menurut MARC Rating Corp Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Jamaludin Nasir berkata penyusunan semula ekonomi perlu dilaksanakan untuk rakyat berhijrah daripada ekonomi semasa iaitu pada tahap rendah dan banyak bergantung kepada kos pengeluaran lebih rendah dan buruh asing, kepada ekonomi peringkat pertengahan dan tinggi.